Untuk kamu yang nantinya akan ku pilih..
Lelaki dijadikan
untuk perempuan, dan perempuan dijadikan untuk lelaki, agar hidup dlm kecintaan
dan keharmonian, saling melengkapi antara satu sama lain.
untuk kamu yang akan aku pilih bakal menjadi sayap kananku,
aku bukan perempuan semulia Siti Khadijah. aku bukan perempuan setabah Fatimah. aku bukan perempuan secekal Siti Aisyah. aku hanyalah perempuan akhir zaman. yang sering terkhilaf dalam tindak tanduk dan bahasaku. aku hanyalah perempuan akhir zaman, yang kadang kala mudah terasa jiwanya dengan tingkah laku manusia sekeliling walaupun wajah dan ekspresi diri seperti menunjukkan yang aku rasakan. aku hanyalah perempuan akhir zaman, yang coba dan berusaha melengkapkan diriku untuk menjadi pelengkap rusuk kirimu.

sebagaimana bengkoknya rusuk kiri itu, aku mohon biarlah ia bengkok. kerana bengkok itu mewakili rasa kasih, cinta dan sayangnya kaum Hawa kepada kaum Adam. ia juga mewakili sifat-sifat sebagai perempuan yang dilengkapkan dengan berjuta rasa dalam dirinya. jgn diluruskan tulang rusuk itu kerana bila Ia diluruskan, itu bermakna hilang dan lenyap sudah rasa kasih, cinta dan sayang serta berjuta rasa dalam hati dan diri kaum Hawa.

kekhilafanku dalam tindak tanduk dan bahasaku, perlu dinasihati dan diperingati kerana aku perempuan akhir zaman yang mudah terhasut oleh fananya dunia. nasihati dan peringatilah aku selayaknya manusia dan selayaknya sebagai perempuan.

cintai dan sayangilah aku seadanya. begitu juga dengan diriku...mencintaimu seperti adanya dirimu. tegurlah aku dan ingatkanlah aku andai aku melihat mu melebihi dirimu yang sebenarnya. peringatkan aku bahwa kamu adalah lelaki akhir zaman, yang bukan secekal dan setabah Rasulullah SAW.

bimbinglah aku.. bawa aku menuju surga-Nya yang abadi...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar